Saturday, 2 April 2016

0

Idea Celebrate Birthday Anak

Kami tak pernah lagi buat parti untuk birthday anak-anak. Teringin jugak nak buat sebab dorang akan dapat banyak present. 😁

Untuk birthday setahun biasanya tak ada apa sangat. Birthday kedua bawak anak solehah ke Farm In The City. Masa tu dah pandai suka haiwan comel. Siap dapat sijil lagi, ok lah tu.

Birthday ketiga celebrate makan-makan je kot. Yang keempat special sikit sebab dia dah pandai nak berhappy birthday to you. Selalu celebrate kat taska kan.

So untuk 25 Jan lepas kami fikirlah nak bawak pergi mana. Bercuti atau beraktiviti anywhere. Kebetulan nampak offer di Groupon. Lunch, hi tea & dinner @ Restoran Berpusing, Menara KL. Macam menarik & affordable.

Pilihlah yang paling murah, hi tea. RM69 each termasuk admission ke Blue Coral Aquarium. Anak-anak 4yo below free. Pastu dapat extra diskaun RM20 lagi daripada Groupon. Pastu baca T&C boleh dapat birthday cake as complimentary. Lagilah seronok kan.

Sehari sebelum birthday, kami dah excited cerita pada anak solehah, tanya pasal birthday. Bagi dia happy birthday to you tu adalah tiup kek. 😂😂😂

Hari Ahad tu dia duk sebut je nak happy birthday to you. Kebetulan pergi Giant ada kedai kek jual kek ala-ala frozen RM15 je. Kecik je tapi sedap. Cukuplah nak makan kami berempat. Dia memang seronok sangat dapat kek tu.

Pastu ada jugak lah beli hadiah. Survey basikal tapi dia macam tak minat sangat. Last sekali pilih cash register sebab dia pun macam excited konon-konon nak menjual. Ok lah, harga dalam RM70+. Kami memang jarang beli 1 mainan dengan harga macam tu. Inshaa Allah tahan lama, adik-adik boleh guna. 😁

So malam sebelum birthday celebrate lah kat rumah berempat. Esoknya ke Menara KL pulak, memang double triple happiness lah anak solehah. Kita pun excited tengok anak-anak happy kan...

Makanan hi tea tu memang 👍👍👍 Puas hati & rasa berbaloi. Sangat recommended untuk special event, anniversary ke, nak bawak parents datang ke.

Lepas ni ada special event je, terus usha Groupon. Kot ada deal best. Sebelum ni pernah beli voucher untuk Aquaria. Next event is birthday anak soleh on Sep. Ops sebelum tu birthday diri sendiri. Nak treat diri sendiri kat mana eh? 😅😅😅

0

6 Tempat Untuk Beli Barang Keperluan Rumah

Sejak pindah rumah baru, ini antara tempat favorite. Untuk cuci mata, cari ilham, berangan. 😂 Ops, entry ni untuk area KL & Selangor ya.

1. Puchong Lighting House @ Puchong

Ni siapa nak pindah rumah, wajib pergi! Sebab harga memang murah & pilihan pun banyak. Kami beli lampu, kipas, loceng rumah, water heater, cermin bilik air semua kat sini.

Tapi please pergi hari kerja ya sebab hari kerja pun ramai yang amat. Dan please jangan bawak anak-anak kecik. Kalau gendong ok lagi. Kalau terlanggar ke apa ke, tak pasal kena ganti. 😅

2. Homepro @ IOI City Mall

Orang kata sini one stop center untuk barang rumah. Dari tiles ke perabot, barang elektrik, cadar semua ada. Ramai orang suka sebab banyak barang warna putih. 😀

3. Ikea

Kat sini mesti ramai orang suka pergi kan. Personal shopper pun ramai. Luar KL & Selangor boleh beli online je. Walaupun kena pasang sendiri tapi mudah & kualiti tip top. Barang-barang banyak yang praktikal. Home deco yang viral kan semua Ikea based. 😁

4. Kaison

Kat sini tempat shopping untuk hiasan rumah. Bunga, frame gambar, poster, jam. Harga mampu milik. Saya suka printed canvas, sama ada lukisan atau kata-kata motivasi. Saiz A4 ada, A3 ada, yang besar lagi pun ada! 👍👍👍

5. Index Living Mall

Dulu kat IOI City Mall je, sekarang dah buka di Aeon Shah Alam. Index Living Mall ala-ala Ikea lah tapi Ikea lagi menarik. Macam kami, susah nak ke Ikea jadi tempat ni lah jadi pengganti. Sale dia menarik jugak. Kami pernah beli side table RM180 untuk dua biji. Dah survey kedai lain, semua RM100+ sebiji & design tak berkenan. Alhamdulillah, rezeki pergi cuci mata masa Sale. 😆

6. Nilai 3

Ni pun tempat wajib kalau nak cari langsir / blinds & karpet. Memang berbaloi-baloi especially kalau pergi hari kerja sebab pelanggan tak ramai, jadi dorang nak dapatkan customer terpaksa bagi harga murah. Heh!

So ni antara tempat yang terfikir. Korang yang suka deco rumah selalu pergi mana? Share ok!

Thursday, 31 March 2016

0

Pengalaman Beli Rumah Pertama

Alhamdulillah, tak sangka dah hampir setahun kami sekeluarga pindah ke rumah sendiri. Kami beli rumah hujung tahun 2012. Sebenarnya masa tu follow kakak-kakak office survey rumah di Bangi.

Siapa yang tak nak ada rumah sendiri kan? So, join survey sekali.  Kebanyakan rumah dah harga RM300+. Bangi memang tak mampulah masa tu.

Survey punya survey, jumpalah rumah area Dengkil Banting, harga masih bawah RM300k. Menarik. Design rumah pun macam yang saya nak. Dapur luas, bilik air sharing di 2 bilik di atas, bilik bawah pun luas, kawasan ok. Downpayment dalam RM6k kot, bukan 10%. Pastu selling price untuk apply loan developer letak lebih tinggi, so boleh dapat loan hampir 100% harga rumah sebenar.

Kalau ikut gaji masa tu memang tak mampu pun nak lulus loan tapi kuasa Allah kan. Few banks kami try tapi BSN je agak lenient, dia consider yang company akan ada salary adjustment in few months. Alhamdulillah, by the time perlu bayar full monthly payment, gaji dah stabil.

Mak saya pun tak setuju kami nak beli rumah di sini sebab harapannya nak kami pulang kerja di kampung. Tapi akhirnya restuilah jugak selepas anak menantu berdrama. 😂😂

2 tahun lebih jugaklah menunggu rumah siap. Dah siap tunggu renovate dalam 2,3 bulan pulak. Dengan kontraktor yang pada mula ok, lama-lama buat hal. Macam-macam dugaan. Akhirnya, 3 April 2015 hari Jumaat kami pindah masuk walaupun tak fully siap lagi.

Dalam seminggu setel baca al-Baqarah & keep on repeating sampai sekarang. Mudah-mudahan rumah kami sentiasa dirahmati & dilindungi Allah S.W.T.

Rumah bukan hanya perlu hias cantik-cantik tapi "roh" rumah pun perlu dibajai. Solat berjemaah, bacaan al-Quran, berkasih sayang sesama family.

Banyak lagi kalau nak share pasal rumah ni kan? Inshaa Allah kalau ada idea, saya share lagi. 😊

0

Saya Pernah Hampir Gagal Menyusu

Ya, ini antara pengalaman yang tak mungkin saya dapat lupakan. Antara dugaan dalam #BreastfeedingJourney.

Masa tu tengah sibuk nak pindah rumah baru. Maybe stress jugak dengan segala to do list. Banyak skip sesi mengepam.

Anak soleh masa tu 7 bulan. Kami baru tukar ke taska berdekatan rumah baru, sekali dengan kakaknya. Dah lah stok susu memang dah tinggal sikit pastu di taska baru minum banyak. Sama ada nak sesuaikan dengan tempat baru atau growth spurt.

Saya ambil cuti untuk setelkan persiapan rumah baru tapi terpaksa bawak sekali anak soleh sebab tak cukup stok susu.

Lepas dah pindah rumah baru, sepanjang seminggu saya ulang alik waktu lunch untuk hantar susu. Hari Jumaat saya ambil cuti. Hujung minggu bila ke pasaraya cari barang rumah, saya dah buntu nak topup FM ke tak.

Bila lalu bahagian susu, ada promoter tanyalah cari apa. Tanya anak soleh umur berapa. Bila cakap 7 bulan, dia cakap "Oh kecik lagi. Ibu la minum susu, boleh tambah susu." Saya sebak sangat masa tu, terus berlalu pergi. Saya cekalkan hati & yakin stok susu boleh cukup.

Malam tu saya mintak izin suami untuk me time sambil menyusu. Baca surah al-Waqiah. Doa pada Allah. Tarik nafas, relakskan diri. Alhamdulillah, dapatlah 5oz penuh.

Minggu ke-2 anak soleh minum sikit je di taska. Bagi 4 botol, 2 botol je minum. Jadi stok back to normal. Malam bila menyusu dia, saya dengan sebak kata "Tak apa, ummi boleh pam. Nawfal minum lah susu kat taska. Susu cukup." Sedih sangat masa tu.

Tanpa sedar, itulah cara Allah bantu ibu-ibu menyusu. Kalau saya give up dengan mudah, pasti saya tak akan berjaya fully BF sehingga sekarang.

Setahun dah berlalu, masih segar di ingatan pengalaman tersebut. Terima kasih Allah! 😅

0

Kahwin Muda

11.03.2011

Saya yang paling awal kahwin di kalangan circle of friends. Sekarang kalau berkumpul, anak saya lah yang paling tua, takde geng pun. Tu yang jadi Kak Long kawasan tu.

Dan kami jugak anak paling ramai (2) setakat ni. Tapi tang anak ramai tu rasanya ada yang boleh lawan kot, macam ada gaya je lepas kursus berpantang haritu. 😂

Tapi saya bukan kahwin muda. 24 tahun, dah habis belajar, dah konvo & dah kerja. Dah cukup semua syarat klise kan? 😛

Saya tak pernah fikir & plan nak kahwin umur berapa. Bila suami sampaikan hasrat hati, solat istikharah & Allah permudahkan perjumpaan kedua-dua belah keluarga, saya yakin & percaya jodoh saya dah sampai & itulah jodoh terbaik buat saya.

Serius kalau fikir balik, saya tak sempat nak enjoy, melancong macam kawan-kawan lain yang baru bekerja & merasa duit gaji sendiri. Tapi saya yakin Allah dah aturkan yang terbaik buat saya. Alhamdulillah, I enjoyed every single day throughout this 5 years.

#NZ5YearsAnniversary
#RaikanCinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top